21 Jun 2009

Solat Menurut Quran

Salam...
Terdapat hanya tiga nama solat di dalam al-Qur’an, iaitu Solat Fajar (24:58), Solat Isyak (24:58), dan Solat Wusta, atau solat yang di tengah (2:238). Tiga nama solat ini menunjukkan waktunya juga. Waktu-waktunya dijelaskan lagi dengan sebuah ayat lain berbunyi:"Dan lakukanlah solat pada dua tepi siang, dan awal malam." (11:114) Solat yang pada waktu tepi siang pertama ialah solat fajar, sementara solat wusta, atau solat yang di tengah, pada tepi siang yang kedua. Solat yang dilakukan pada awal malam itu ialah solat isyak.

Walaupun nama-nama seperti Zuhur, Asar, Maghrib dan Subuh, tercatat di dalam al-Qur’an, namun nama-nama ini tidak dikaitkan dengan solat, atau waktu solat. Maghrib bermaksud barat, seperti yang ditunjukkan pada ayat Allah berbunyi "Kepunyaan Allah Timur dan Barat" (2:115). Zuhur pula di dalam al-Qur’an adalah waktu berehat pada tengah hari, apabila pakaian ditanggalkan. Firman-Nya, "Wahai orang-orang yang percaya, hendaklah mereka yang tangan-tangan kanan kamu memiliki, dan mereka di antara kamu yang belum cukup umur, meminta izin kepada kamu tiga kali - sebelum solat fajar, dan apabila kamu menanggalkan pakaian kamu pada waktu zuhur, dan selepas solat isyak - tiga kali aurat (penelanjangan) bagi kamu." (24:58). Sementara "asar" di dalam al-Qur’an bermaksud "masa" atau "waktu" , sebagaimana firman Allah, Demi masa! Sesungguhnya manusia dalam kerugian," (103:1-2). Waktu subuh adalah sebelum fajar, iaitu waktu akhir malam. Perkataan ‘subuh’ terdapat pada ayat-ayat 11:81, 74:34, 81:18 dan 100:3, dan didapati tiada kaitan dengan solat langsung.

Solat hendaklah dilakukan pada waktu-waktu yang Allah tentukan, seperti arahan-Nya yang berbunyi: "Sesungguhnya solat adalah satu waktu yang dikitabkan (ditentukan) bagi orang-orang mukmin." (4:103). Wajib dilakukan dalam keadaan apa sekalipun sebagaimana firmanNya,"Jika kamu dalam ketakutan, maka sambil berjalan kaki, atau menunggang. Apabila kamu telah aman, ingatlah akan Allah sebagaimana Dia telah mengajar kamu apa yang kamu tidak tahu." (2:239)

Cara solat di dalam al-Qur’an adalah senang serta mudah diubah menurut keadaan dan keikhlasan diri. Umpamanya bilangan rakaat. Ia tidak disebut sama sekali di dalam al-Qur’an, dan dengan ini ia memberi peluang kepada umat untuk menunjukkan keikhlasan dalam melakukan solat mereka, sama ada untuk memanjangkan atau memendekkannya.

Mengenai wuduk pula (perkataan "wuduk" tidak disebut di dalam al-Qur'an), hanya empat bahagian anggota badan yang terlibat, iaitu muka, tangan, kepala, dan kaki. Ini dijelaskan dengan ayat yang berikut: "Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu berdiri untuk solat, basuhlah muka kamu, dan tangan kamu hingga siku, dan sapulah kepala kamu, dan kaki kamu hingga pergelangan kaki. Jika kamu dalam junub, bersihkanlah diri kamu; tetapi jika kamu sakit, atau dalam perjalanan, atau jika salah seorang antara kamu datang dari tandas, atau kamu menyentuh perempuan, dan kamu mendapati tiada air, maka bertayamumlah dengan debu tanah yang baik, dan sapulah muka kamu, dan tangan kamu dengannya. Allah tidak menghendaki untuk membuat sebarang kesulitan bagi kamu, tetapi Dia menghendaki untuk membersihkan kamu, dan supaya Dia menyempurnakan rahmat-Nya ke atas kamu, supaya kamu berterima kasih." (5:6). Jadi amalan membasuh bahagian anggota badan yang lain dalam wuduk adalah ajaran yang sesat. Sudah tentu Nabi Muhammad tidak mengajar ajaran sesat kerana firman Allah, "Sekiranya dia (Muhammad) mengada-adakan terhadap Kami sebarang ucapan, tentu Kami mengambilnya dengan tangan kanan, kemudian pasti Kami memotong urat jantungnya." (69:43-46)

Pakaian untuk solat adalah yang baik atau cantik dan bersih kerana ketika itu umat berhadapan serta berkomunikasi dengan Penciptanya. Malahan, Allah telah menyuruh mengambil perhiasan di setiap masjid, yang bermaksud tempat sujud. Dan sujud dilakukan juga dalam solat. Firman-Nya, "Wahai Bani Adam, ambillah perhiasan kamu di setiap masjid" (7:31).

Solat adalah suatu cara istimewa dalam interaksi dengan Allah. Satu daripada tujuan solat adalah untuk memohon pertolongan. Firman-Nya: "Kamu mohonlah pertolongan dalam kesabaran dan solat...." (2:45). Selain itu solat jga bertujuan mengingatiNya, sebagaimana firmanNya,"Dan lakukanlah solat untuk mengingati aku." (20:14). Untuk mengingatiNya, kita hendaklah menyeru dan memujiNya. Sebagaimana firmanNya, "Katakanlah, ‘Serulah Allah, atau serulah Yang Pemurah; apa sahaja yang kamu seru, bagi-Nya nama-nama yang paling baik.’ Dan janganlah kamu melantangkan dalam solat kamu, dan jangan juga mendiamkannya, tetapi carilah kamu satu jalan di antara yang demikian itu." (17:110). "Dan katakanlah, ‘Segala puji bagi Allah yang tidak mengambil seorang anak, dan yang tidak ada sebarang sekutu dalam kerajaan, dan tidak juga sebarang wali (pelindung) daripada kerendahan diri.’" (17:111)

Bahasa bukanlah satu isu dalam menyembah Tuhan. Dia tidak pernah mengarahkan bahasa Arab dijadikan bahasa pengantar dalam solat untuk semua kaum. Sebaliknya, Dia melarang melakukan solat jika apa yang diucapkan di dalamnya tidak difahami. Firman-Nya: "Wahai orang-orang yang percaya, janganlah mendekati solat apabila kamu sedang mabuk sehingga kamu mengetahui apa yang kamu ucapkan," (4:43).

Nada suara dalam solat tidaklah terlalu tinggi dan tidak pula terlalu rendah tetapi di pertengahan, dan ini adalah untuk semua solat. Firman-Nya: "Dan janganlah kamu melantangkan dalam solat kamu, dan jangan juga mendiamkannya, tetapi carilah kamu satu jalan di antara yang demikian itu." (17:110)

Apa yang ingin dibaca semasa tunduk (rukuk) misalnya, bolehlah mengambil teladan daripada Nabi Daud yang memohon ampun semasa tunduk: “Dan Daud menyangka bahawa Kami mengujinya; maka dia meminta ampun kepada Pemeliharanya dan dia jatuh, tunduk, dan dia berkesesalan” (38:24). Atau semasa sujud, ambillah pengajaran daripada ayat-ayat di bawah ini:2:58. Dan apabila Kami berkata, "Masuklah bandar raya ini, dan makanlah dengan senang daripadanya di mana sahaja kamu mengkehendaki, dan masuklah pada pintu gerbang dengan bersujud, dan katakanlah, 'Tidak membebankan'; Kami akan mengampuni kamu atas pelanggaran-pelanggaran kamu, dan menambahkan kepada orang-orang yang berbuat baik."7:120-121. Dan ahli-ahli sihir melemparkan diri, bersujud. Mereka berkata, "Kami percaya kepada Pemelihara semua alam,17:107-108. Katakanlah, "Percayalah kepadanya, atau tidak mempercayai; orang-orang yang diberi pengetahuan sebelumnya, apabila dibacakan kepada mereka, jatuh di atas dagu-dagu mereka dengan bersujud, Dan berkata, 'Pemelihara kami disanjung! Janji Pemelihara kami dilakukan.'25:64-65. Yang melalui malam dengan bersujud kepada Pemelihara mereka, dan berdiri. Yang berkata, "Wahai Pemelihara kami, Engkau palingkanlah daripada kami azab Jahanam; sesungguhnya azabnya adalah penderitaan yang paling ngeri,32:15. Orang-orang yang mempercayai ayat-ayat Kami hanyalah yang apabila mereka diperingatkan dengannya jatuh bersujud, dan mereka menyanjung dengan memuji Pemelihara mereka,

Seperti mana-mana seruan kepada-Nya, solat diakhiri dengan memuji Allah. Pujian kepada-Nya berbunyi "Alhamdulil lahi rabbil alamin" atau "Segala puji bagi Allah, Pemelihara semua alam." Ini diketahui daripada ayat-Nya yang berbunyi:"Dan akhir seruan mereka, ‘Segala puji bagi Allah, Pemelihara semua alam.’" (10:10) Dan Kata-Nya lagi, "Dan Dia, Allah; tidak ada tuhan melainkan Dia. Bagi-Nya segala pujian pada permulaan dan akhir, dan bagi-Nya juga Putusan, dan kepada-Nya kamu akan dikembalikan." (28:70)

Artikel ini diambil daripada e-bacaan dan diedit oleh penulis supaya lebih pendek.

4 ulasan:

  1. Takkan komen sendiri kot. Apa pun artikel ini memang bagus, cuma bagi mereka yang tak menyukainya mungkin menganggap ini ajaran sesat. Tahniah.

    BalasPadam
  2. Salam brader,
    Tahniah kerana berani mengemukakan yang benar walaupun melawan arus perdana.AlQuran sumber yang di authorised Allah.Yang lain tiada authority dari Allah.Waima jika ada benar walau dari Athiest pun ia tetap benar..Contoh economi Communist dan Socialist.

    BalasPadam
  3. Terima kasih saudara. Kalau bukan kita, siapa lagi. Kitalah yang patut menunjukkan jalan kebenaran. Allah berikan kita jalan yang lurus, maka jalan yang lurus ini perlu dihubungkan kepada saudara-saudara kita. Sama ada mereka nak menerima atau tidak, Allah yang menentukan.

    Dalam blog ini, saya akan membongkarkan segala ajaran sesat yang berakar umbi di kalangan umat sekarang. Saya harap, saya diberikan kekuatan oleh Allah.

    Salam

    BalasPadam
  4. Pueri tak suka melabel ajaran orang lain sebagai sesat dalam keadaan diri sendiri tak pasti yang mana mutlak benar. Fahaman Puteri sekarang mungkin berubah lagi di masa akan datang dengan penemuan2 baru. Yang lepas adalah sejarah dan yang akan datang adalah belum pasti.

    Menyentuh bab rukuk, mungkin boleh juga seperti pak tani yang berkebun mencangkul semacam aksi rukuk dan berdiri dan terus khusyuk dengan cangkulannya.

    Dalam bab sujud pula, agaknya mungkin boleh juga dimaksudkan macam "tidak mengangkat muka" dengan kata lain, tunduk, merendah diri. Klu dimasukkan dlm ayat 32:15 "...jatuh tunduk.." , jatuh dlm ayat ni mungkin bukan bermaksud macam jatuh tersepak batu.. tp macam jatuh hati,jatuh sakit.. maka jatuh tunduk.. klu dimasukkan dlm 25:64 "...Tuhannya dengan merendah diri ...." dlm 17:107"..mereka merasakan merendah diri/tunduk" 7:120 " ..mereka tunduk".. tunduk dlm erti ayat ini bukan macam sekadar menundukkan anggota, tapi maksud yg Puteri fahamkan ialah tunduk yang semaksud akur

    BalasPadam